Wednesday, May 09, 2007

Kembali Menulis

Assalamualaikum...
Sudah lama aku tak post any articles dan menulis dalam blog ni... Kalau diibaratkan sebuah rumah, boleh dianggap sudah bersarang dengan sarang labah2 agakye. Hmm...very busy.
Sekarang, aku stay USM Penang, sambung pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam bidang TESOL... InsyaAllah dalam bulan 10 ni, tamatla pengajianku...

Tak sangka juga, rupanya aku akan menjadi seorang guru akhirnya... Maklumlah, dulu aku belajar dalam bidang Management... Itulah rezeki namanya.. Kadang2 tak semestinya bidang kerjaya yang diceburi, selaras dengan bidang pengajian yang dipelajari... Dah jadi fenomena agaknya.. Bukan saja aku yang termasuk dalam kelompok ini, malah ramai lagi graduan lain di sini dan juga di luar sana... Moga2 semua berjaya... Aku doakan untuk semua dan untukku juga..InsyaAllah...Moga2 diberi keberkatan olehNya dan dimudahkan segala urusan kita...Amiin.

Wednesday, February 08, 2006

Seronok Balik Kampung?

1. "Kak Nita nak makan apa? Mak masak..." Mak aku kata.
(Mak masak laksa Kelantan..dah lama aku teringin nak makan laksa mak buat...)

2. "Laa..apa dia kat muka tu..hitam! Cuba tengok kat cermin...hahaha!" Adik aku jerit sambil gelakkan aku.
Aku tanya, "Kenapa..ada apa? cakaplah..malas nak gi tengok cermin" (cermin pun dah boring tengok muka aku!)..
Adik aku kata.."Ada arang..."
"Alamak...terkena arang kuali kat dapurla nie..."(aku pun tergelak sama)...cepat2 basuh sedikit palitan arang yang tercalit secara tak sengaja itu..memang aku tengah buat kerja kat dapur masa tuh..aduh...sampai tak perasan mukaku dah bertukar warna..apa nak jadi ni.. :)..

3. "Eh, bila balik? Tak nampak pun.." Sorang jiran sekampung bertanya aku..
Aku pun tersenyum..aku jawab,"La..dah lama...dekat seminggu dah..malam ni dah nak balik KL semula.."..Muka dia confuse..(Betul juga kata dia, tak perasan aku dah balik lama, nak buat macamana..aku tak lekat di rumah-Macam busy sangat je aku nih! )

3. Pergi rumah nenek..rumah ummi (mak angkat) dan saudara mara kat kampung.

4. Berjumpa beberapa orang kawan lama. Bercerita tentang hal masing-masing...banyak cerita dikongsi bersama..maklumlah..sudah lama tidak berjumpa. Daripada berita dulu-dulu sehinggalah berita terkini...semua aku dah tahu..rupanya banyak sungguh berita sahabat-sahabat lamaku yang aku tak tahu..iyelah..aku tak dapat nak keep in touch dengan semua orang..ada yg dah pindah, ada yang hilang tanpa berita..(ye ke?), hilang nombor telefon..(termasuklah aku..) dan macam2 lagilah alasannya..xpelah..asalkan semua bahagia dan berjaya dalam hidup masing-masing...

Hmm...itulah sedikit sedutan drama yang secara langsung berlaku sewaktu aku bercuti di kampung selama lebih kurang seminggu-cuti raya cina...Seronoknya sekali sekala bercuti di kampung halaman setelah sekian lama bekerja dan merantau di negeri orang...:)

Friday, January 27, 2006

Balik Kampung

Aku balik kampung sempena cuti Hari Raya Cina serta disambung dengan cuti 1 Muharram dan dicampur lagi dengan cuti Hari Wilayah. Jadi, panjang jugalah cuti aku kali ini.
Esok malam (Sabtu) aku bertolak ke negeriku, Kelantan Darul Naim.
Aku dapat cuti dari 28 Zulhijjah (28/01) sehingga 5 Muharram (4/02).
Jom balik kampung!
Semoga selamat perjalananku pergi dan balik. InsyaAllah.

Sehingga berjumpa lagi...

Thursday, January 26, 2006

HIJRAH...

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

***************************************************************************************************************

Kamu hafal nama-nama bulan yang wujud dalam 1 tahun?
Sudah pasti jawabnya ya...betul?
Buktikan?
Ok..sudah pastinya lancar lidah anda menyebut satu-persatu bermula dari bulan Januari sehinggalah Disember..Termasuklah aku sendiri (p/s:Ini tidak bermaksud riak ya, apa lah nak dibanggakan sangat jika sekadar tahu menyebut bulan-bulan yang wujud dalam setahun).. Wah, hebat! Tahniah...tahniah kepada anda semua dan untuk aku juga...Boleh dikatakan seiring dan selancar adik-adik atau anak-anak kita menyebutnya. Bukankah begitu?

Ok, kita cuba try test lagi...
Sebutkan satu persatu bulan-bulan dalam Islam?
Pun lancar juga? Wah.. ini sudah dikira hebat...tahniah!
Aku sendiri pula,kadang-kadang kalau ada orang tanya, "Hari ini berapa haribulan ya kalau ikut kalendar Islam?" "Err.." Mulalah aku tergagap-gagap nak menjawabnya.. Apakan tidaknya, setiap hari aku melihat Kalendar Gregorian yang merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.

Uish..baru aku sedar, rupanya selama ini aku menuruti sahaja, adik-adik aku, kawan-kawan aku, cikgu-cikgi aku...semuanya memang pakai Kalendar Gregorian ni dalam segala hal..susah tu kalau aku nak ajak mereka semua tukar dan guna Kalendar Islam.. Agak hebat juga penangan kafir laknatullah meresapi jiwa dan seluruh kehidupan kita dalam mencapai segala agenda mereka...Astaghfirullah.. Aku tak boleh nak salahkan orang-orang yang guna Kalendar Gregorian ni..sebab..erm..secara tak langsung aku sendiri pun guna juga..

Aku rasa..macam nilah..aku cadangkan kepada semua yang baca blog aku ni (dan jangan lupa ingatkan orang-orang sekeliling kamu juga) dan juga aku sendiri..Apa kata kita try praktikkan kalendar Islam dalam kehidupan seharian kita? Bukankah cara itu lebih berkat? Dalam masa yang sama, memang aku tak nafikan..memang susah kita nak hidup dalam realiti dunia sekarang ni tanpa Kalendar Gregorian tu..jadi, nak tak nak..terpaksa jugalah tengok, walau sebelah mata..Eh..jangan lupa..aku tak paksa..aku cuma mengajak kamu dan mengingatkan diri aku sendiri..Terpulang kepada kamu, sama ada mahu ataupun tidak.

Cubalah fikir dalam-dalam, bersusah payah Khalifah Ar-Rasyidin kita yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu, dengan Kalendar Islam yang masih wujud sehingga hari ini. Alangkah sedihnya beliau jika mendapati bahawa hari ini Kalendar Islam yang digantikannya itu sekadar tertera pada kalendar sahaja (Itupun dicetak di sudut bawah dengan font yang sangat kecil dan setengah kalendar tiada langsung). Ia tidak dipraktikkan malah kita hanya mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja. Contohnya? Rasanya semua tahu..Yang aku tahu (mungkin kamu semua pun tahu) ialah 1 Syawal (Hari Raya Puasa), 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji), 1 Muharram (Maal Hijrah) , 12 Rabiul Awal (Maulidurrasul), 17 Ramadhan (Nuzul Quran) dan mungkin ada lagi..

Kalau kamu semua nak tahu, ( Ini berdasarkan pembacaan dan rujukan aku) sebelum ini, di kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka disebabkan kepelbagaian kalendar itu, Saidina Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan Kalendar / Takwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. "Kenapa Saidina Umar memilih peristiwa ini?" Jika kamu mahu tahu.. jawapannya ialah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Aku rasa tepat dan bijak pilihan Saidina Umar itu dan ia juga menyedarkan aku betapa besar ertinya peristiwa Hijrah ini kepada seluruh umat Muhammad SAW.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.

Maka, setakat ini...aku rasa lebih jelas tentang permulaan kalendar Islam. Mungkin ada lebih banyak maklumat dan sejarah yang patut aku tahu dan perlu aku kaji supaya aku tahu bagaimana untuk menghayati keindahan Islam dan melaksanakan dengan sempurna segala ajaran agama suci ini.

Jadi, sempena Tahun Hijrah atau awal Muharram yang bakal tiba beberapa hari lagi (kalau ikut Kalendar Gregorian tarikhnya ialah 31 Januari 2006) dapat kita hayati sepenuh hati. Lakukan perubahan ke arah yang lebih baik terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. Tapi perlu diingat, ianya perlu bermula dari diri kita terlebih dahulu. Selepas itu barulah kita boleh mengubah orang di sekeliling kita. Lakukanlah dan cubalah walau sedikit. Tetapi jangan memaksa diri untuk melakukan perubahan. Biarlah ia datang dari niat yang suci dan dari hati yang ikhlas.

Lastly..kamu nak tahu 'hijrah' apa yang aku nak buat kali ini? Sedikit saja, tidak banyak..sebabnya aku rasa ini sahaja yang termampu aku lakukan. Aku takut nak janji banyak-banyak, sebab aku takut nanti, aku akan khianati diri sendiri jika tidak melaksanakannya dan aku takut nanti aku terlupa (sebab manusia memang sifatnya pelupa)-jadi aku bimbang jika aku terlupa nak melaksanakan apa yang aku janji ini hari ini. Jadi..mulai hari ini, apa yang aku nak buat ialah aku nak cuba alert dengan tarikh-tarikh mengikut kalendar Islam (aku sedar selama ini aku hanya guna dan praktikkan kalendar Gregorian ciptaan kafir itu sahaja semata-mata)-alangkah sedihnya. Kamu pula bagaimana? Mungkin ada 'hijrah' yang jauh lebih baik dari aku. Tahniahlah jika begitu..teruskan..

Akhir sekali dari aku...Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Moga hidup kita lebih dirahmati dan diberkatiNya sepanjang masa.. InsyaAllah. Semoga berjaya dengan 'hijrah' yang bakal kamu lakukan.. :)

Tuesday, January 24, 2006

Terima Kasih Tuhan

Terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal 'Aalamin
Maafkanlah aku.

-Mawaddah-
(Cintai Tuhan, sayangi manusia)

* "Aku agak terharu dan apabila menghayati lirik lagu ini...terasa betapa kerdilnya diri ini..Aku sungguh malu padaNya..Maafkan hambaMu ini wahai Tuhanku.."

New Rape Tactic : Be Careful

I've picked this article from the internet source. Let's share.

"She was just discharged from the hospital...
Today after office hours, I heard from my sister-in-law that there is a
new way to rape women. It happened to one of our good friends .The girl left
the office after working hours and saw a little child crying on the road.
Feeling pity for the child, she went and ask what happened
The child said, "I am lost. Can you take me home please?"
Then the child gave her a slip and tell the girl where the address is.
And the girl, being an average kind person, didn't suspect anything and took
the child there.

And there when it arrived the "child's home", she pressed the door
bell, yet she was shocked as it the bell was wired with high voltage, and fainted.
The next day when she woke up, she found herself in an empty house up
in the hills, naked. She has never even get to see the face of the attacker...

That's why nowadays crimes are targeted on kind people
Next time if the same situation occurs, never bring the child to the intended place.
If the child insist, then bring the child to the police station.
Please let all your female friends know about this."

(extra note: guys, please tell your mom, your sister, and your wife too)

ALLAH's Promises

ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

ALLAH tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Renung-renungkan lah...

Wednesday, January 18, 2006

Aku Dan Kerja

Hari ini hari kerja. Aku kerja seperti biasa. Aku check mail, nak tengok if ada any input/documents from client/customer. Oh..nampaknya hari ini bertungkus lumuslah aku..kena proses and key in accounts..banyak ni...Due date esok! Bos pulak MC hari ni.

Ini dia e-mail dari customer aku hari ini :

From : Andy Da Costa
To : SM Lim ; Sri Vadrevu

Sent : 18/01/2006 ; 9.00 am
Cc :
Subject : FW: ROBINSONS - IMAGING SOLUTIONS -DEC 2005


PLEASE FIND ATTACHED DECEMBER INFO.
YOU HAVE THE LATEST DATABASE
NEED BACK BY FRIDAY PLEASE


Andy Da Costa

*******************************************************************************************************
Okey..kerja! Ops..banyak pulak sms pagi nih...sorry2...kejap..malam nanti atau time rehat nanti aku reply..so sorry kawan2 ku...
I need to complete my tasks by today! Nanti terpaksa balik lewat...

Thursday, January 12, 2006

Ku Jejaki Redha Ilahi



Tuhanku..
Ku serah diri ini
Mengabdi menghina diri
Pada kasihMu Ilahi..

Al-Wahid..
PadaMu ku pasrah
Kusandar segala ketentuan
Agar tidak tersasar arah tujuku

Ya Syakur..
Ku akur dalam ketaatan
Mensyukuri nikmatMu Tuhan
Mengingat diri musafir dagang

Ar-Rasyid..
Ku gagahi langkah ini
Menuju destinasi pasti
Masih jauh menuntut tabah

Ya Rahman..
Ku panjatkan doa
Memohon restu berpanjangan
Agar kekal dalam redhaMu….

Pop up my Cbox