Thursday, January 26, 2006

HIJRAH...

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

***************************************************************************************************************

Kamu hafal nama-nama bulan yang wujud dalam 1 tahun?
Sudah pasti jawabnya ya...betul?
Buktikan?
Ok..sudah pastinya lancar lidah anda menyebut satu-persatu bermula dari bulan Januari sehinggalah Disember..Termasuklah aku sendiri (p/s:Ini tidak bermaksud riak ya, apa lah nak dibanggakan sangat jika sekadar tahu menyebut bulan-bulan yang wujud dalam setahun).. Wah, hebat! Tahniah...tahniah kepada anda semua dan untuk aku juga...Boleh dikatakan seiring dan selancar adik-adik atau anak-anak kita menyebutnya. Bukankah begitu?

Ok, kita cuba try test lagi...
Sebutkan satu persatu bulan-bulan dalam Islam?
Pun lancar juga? Wah.. ini sudah dikira hebat...tahniah!
Aku sendiri pula,kadang-kadang kalau ada orang tanya, "Hari ini berapa haribulan ya kalau ikut kalendar Islam?" "Err.." Mulalah aku tergagap-gagap nak menjawabnya.. Apakan tidaknya, setiap hari aku melihat Kalendar Gregorian yang merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.

Uish..baru aku sedar, rupanya selama ini aku menuruti sahaja, adik-adik aku, kawan-kawan aku, cikgu-cikgi aku...semuanya memang pakai Kalendar Gregorian ni dalam segala hal..susah tu kalau aku nak ajak mereka semua tukar dan guna Kalendar Islam.. Agak hebat juga penangan kafir laknatullah meresapi jiwa dan seluruh kehidupan kita dalam mencapai segala agenda mereka...Astaghfirullah.. Aku tak boleh nak salahkan orang-orang yang guna Kalendar Gregorian ni..sebab..erm..secara tak langsung aku sendiri pun guna juga..

Aku rasa..macam nilah..aku cadangkan kepada semua yang baca blog aku ni (dan jangan lupa ingatkan orang-orang sekeliling kamu juga) dan juga aku sendiri..Apa kata kita try praktikkan kalendar Islam dalam kehidupan seharian kita? Bukankah cara itu lebih berkat? Dalam masa yang sama, memang aku tak nafikan..memang susah kita nak hidup dalam realiti dunia sekarang ni tanpa Kalendar Gregorian tu..jadi, nak tak nak..terpaksa jugalah tengok, walau sebelah mata..Eh..jangan lupa..aku tak paksa..aku cuma mengajak kamu dan mengingatkan diri aku sendiri..Terpulang kepada kamu, sama ada mahu ataupun tidak.

Cubalah fikir dalam-dalam, bersusah payah Khalifah Ar-Rasyidin kita yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu, dengan Kalendar Islam yang masih wujud sehingga hari ini. Alangkah sedihnya beliau jika mendapati bahawa hari ini Kalendar Islam yang digantikannya itu sekadar tertera pada kalendar sahaja (Itupun dicetak di sudut bawah dengan font yang sangat kecil dan setengah kalendar tiada langsung). Ia tidak dipraktikkan malah kita hanya mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja. Contohnya? Rasanya semua tahu..Yang aku tahu (mungkin kamu semua pun tahu) ialah 1 Syawal (Hari Raya Puasa), 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji), 1 Muharram (Maal Hijrah) , 12 Rabiul Awal (Maulidurrasul), 17 Ramadhan (Nuzul Quran) dan mungkin ada lagi..

Kalau kamu semua nak tahu, ( Ini berdasarkan pembacaan dan rujukan aku) sebelum ini, di kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka disebabkan kepelbagaian kalendar itu, Saidina Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan Kalendar / Takwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. "Kenapa Saidina Umar memilih peristiwa ini?" Jika kamu mahu tahu.. jawapannya ialah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Aku rasa tepat dan bijak pilihan Saidina Umar itu dan ia juga menyedarkan aku betapa besar ertinya peristiwa Hijrah ini kepada seluruh umat Muhammad SAW.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.

Maka, setakat ini...aku rasa lebih jelas tentang permulaan kalendar Islam. Mungkin ada lebih banyak maklumat dan sejarah yang patut aku tahu dan perlu aku kaji supaya aku tahu bagaimana untuk menghayati keindahan Islam dan melaksanakan dengan sempurna segala ajaran agama suci ini.

Jadi, sempena Tahun Hijrah atau awal Muharram yang bakal tiba beberapa hari lagi (kalau ikut Kalendar Gregorian tarikhnya ialah 31 Januari 2006) dapat kita hayati sepenuh hati. Lakukan perubahan ke arah yang lebih baik terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. Tapi perlu diingat, ianya perlu bermula dari diri kita terlebih dahulu. Selepas itu barulah kita boleh mengubah orang di sekeliling kita. Lakukanlah dan cubalah walau sedikit. Tetapi jangan memaksa diri untuk melakukan perubahan. Biarlah ia datang dari niat yang suci dan dari hati yang ikhlas.

Lastly..kamu nak tahu 'hijrah' apa yang aku nak buat kali ini? Sedikit saja, tidak banyak..sebabnya aku rasa ini sahaja yang termampu aku lakukan. Aku takut nak janji banyak-banyak, sebab aku takut nanti, aku akan khianati diri sendiri jika tidak melaksanakannya dan aku takut nanti aku terlupa (sebab manusia memang sifatnya pelupa)-jadi aku bimbang jika aku terlupa nak melaksanakan apa yang aku janji ini hari ini. Jadi..mulai hari ini, apa yang aku nak buat ialah aku nak cuba alert dengan tarikh-tarikh mengikut kalendar Islam (aku sedar selama ini aku hanya guna dan praktikkan kalendar Gregorian ciptaan kafir itu sahaja semata-mata)-alangkah sedihnya. Kamu pula bagaimana? Mungkin ada 'hijrah' yang jauh lebih baik dari aku. Tahniahlah jika begitu..teruskan..

Akhir sekali dari aku...Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Moga hidup kita lebih dirahmati dan diberkatiNya sepanjang masa.. InsyaAllah. Semoga berjaya dengan 'hijrah' yang bakal kamu lakukan.. :)

Pop up my Cbox