Friday, December 16, 2005

MENCARI JAWAPAN

Assalamualaikum...

Sudah agak lama aku tidak menulis di ruang maya ini...Teringin, namun apakan daya...Aku disibukkan dengan pelbagai perkara..atau mungkin aku sendiri yang tidak pandai mengurus masa? Hmm..biar aku sendiri yang mencari jawapannya...

  • Pernahkah anda diberikan nikmat dan bersyukur padaNya?

Jika ya...syabas. Syukur Alhamdulillah.

  • Pernahkah anda merungut kerana tidak memperolehi apa yang anda idam-idamkan?
Jika pernah, segeralah mohon ampun daripadaNya.
  • Pernahkah anda jatuh sakit secara tiba-tiba sedangkan sebelumnya anda segar dan sihat?
Jika pernah, janganlah anda bersedih kerana itu adalah sebahagian daripada ujianNya. Anda akan dinilai sejauh manakah tahap kesabaran dan kesanggupan anda menahan kesakitan dan dugaanNya. Di sebaliknya terselindung hikmah tersembunyi yang tidak anda ketahui. Oleh itu bersyukurlah anda dengan ujian yang sedikit itu.
  • Pernahkah anda kehilangan harta atau barang berharga yang anda sayangi? Apakah reaksi anda? Menangis? Sedih? Termenung berfikir? Mengeluh? Merungut?
Usahlah anda lakukan semua itu...kerana tiada gunanya lagi. Yang perlu anda lakukan ialah cuba tenangkan fikiran anda daripada keserabutan itu. Panjatkan doa dan mohon pertolongan dariNya. Jika harta itu masih milik anda, InsyaAllah Dia akan kembalikan, jika tidak, anda harus sedar, harta anda itu adalah pinjaman untuk anda hanya untuk seketika. Hakikatnya segala milik kita adalah kepunyaanNya. Kita hanya meminjam & menumpang sahaja. Ingatlah bahawa usia kita juga adalah pinjaman. Bila sampai waktunya Dia akan mengambilnya kembali.. Jadi, tanyalah pada diri anda, sudahkah anda bersedia untuk memulangkan kembali nikmat usia itu? Anda carilah jawapannya...Aku sendiri pun masih mencari... Aku masih belum temui jawapanNya..dan aku belum bersedia serta takut untuk menjawabnya... Marilah kita sama-sama mencari jawapan....

Pop up my Cbox