Friday, July 29, 2005

MAMA

I'm interested with the lyrics of this song. Let's share!

ARTIST : IL DIVO
ALBUM : IL DIVO
TITLE : MAMA

Mama thank you for who I am
Thank you for all the things I'm not
Forgive me for the words unsaid
For the times I forgot

Mama remember all my life
You showed me love, you sacrificed
Think of those young and early days
How I've changed
Along the way

And I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
I miss u, I miss u

Mama forgive me the times you cried
Forgive me for not making right
All of the storms I may have caused
And I've been wrong
Dry your eyes

Mama I hope this make you smile
I hope you're happy with my life
At peace with every choice I made
How I've changed
Along the way
And I know you believed in all of my dreams
And I owe it all to you, Mama

Special for my loving mother! Love you so much mum!

Thursday, July 28, 2005

AKU MAHU KEMBALI

Perlukah aku menangis?
Perlukah aku mengadu?
Perlukah aku menyesal?
Perlukah aku merintih?

Ah! Itu hak aku..
Aku tidak perlu menyesal
Aku manusia yang sempurna
Mengapa aku perlu menyerah kalah?

Aku punya kuasa
Aku punya banyak harta
Aku punya pangkat
Apa aku nak hairan?

Itu semua aku yang punya
Aku sendiri yang cari
Mereka hanya menumpang
Hakikatnya aku yang punya segalanya!

Aku masih ada banyak wang
Aku masih ada banglo mewah
Aku masih ada........Argh!
Aku terlupa satu perkara!
Astaghfirullah...

Aku sudah tiada masa...
Umurku semakin senja
Aku sudah tua
Aku makin hampir kepada kematian
Namun aku masih terlalu jauh dariNya...

Bagaimana aku mahu kembali?
Maafkan aku wahai Tuhanku
Mengapa kini baru kusedar?
Aku alpa!
Aku leka!
Ampunilah aku...
Aku mahu kembali...

Wednesday, July 27, 2005

WARKAH BUAT ADIK...SAMBUNGAN 1

Mata pena meneruskan rentak tarinya. Dia mesti yakinkan adik...Adik mesti tahu yang adik sebenarnya boleh. Dia tidak mahu melihat adik kecundang dalam kehidupan, jauh sekali tertewas dengan dugaan hidup yang sentiasa menguji keimanan. Dia tidak akan biarkan adik terus rebah di saat tergelincir, dia mahu melihat adik terus bangun dengan gagah walau jatuh tersadung dek selirat akar kehidupan!

"Adik...
Ingatlah, adik jangan sekali-kali menyakiti hati mak dan ayah. Mereka ibarat bahtera yang mengemudi hidup kita, yang sudah pastinya tidak terlepas dari gelombang ombak ganas di lautan. Kadang-kadang bahtera yang sedang kita naiki itu tiba-tiba bergoyang, kita hampir-hampir tercampak ke dada laut. Waktu itu along panik, adik terpinga-pinga, ucu menangis ..Mujurlah mak sempat memaut lengan adik dan ayah berjaya menarik along dan ucu daripada terkapai-kapai dalam kekalutan di dalam bahtera usang yang hampir tenggelam di tengah lautan itu. Waktu itu, tiada siapa yang tahu, hanya mak dan ayah sahaja yang mengerti. Along juga sedang mencuba untuk memahami situasi pada waktu itu, tetapi along tidak mampu mengungkap rasa sepertimana yang dirasai oleh mak dan ayah. Along masih tidak mengerti, along hanya berkata di dalam hati, mengapa mesti kita terpaksa lalui semua ini?

Along lihat wajah ayah yang sugul. Mak menenangkan ayah. Along hanya menjadi seorang pemerhati yang tidak pernah meninggalkan satu babak pun dalam 'sandiwara' realiti itu.
Waktu itu, tiada sesiapa pun yang datang membantu mak dan ayah. Along seolah-olah dapat melihat penderitaan mak dan ayah. Kasihan mereka...tapi along tak mampu berkata apa-apa. Along hanya mampu melihat wajah ayah yang kebimbangan. Wajah mak... sudah pastinya wajah mak sangat tenang walau digugat gelombang sebesar lautan..Di kala itu, barulah along merasa tenang.. Kini baru along tahu...Along fikir, semua ini adalah dugaan dalam kehidupan, yang menguji kesabaran dan keimanan kita semua adik...

Adik...
Lihatlah, betapa besarnya pengorbanan mak dan ayah kepada kita semua. Mereka sudah banyak mencurahkan tenaga dan segala pengorbanan buat kita. Adik jangan sekali-kali menyakiti mereka ya...Along sangat sayangkan mak dan ayah.. Kita sungguh bertuah kerana masih mempunyai mak dan ayah..Adik tidak pernah terfikirkah tentang itu? Bayangkanlah bagaimana nasib kawan-kawan kita yang telah kehilangan kedua ibu dan bapa mereka? Mesti mereka sedih kan adik? Adik mesti jaga hati mak dan ayah sebaik mungkin. Berkorbanlah untuk mereka selagi mereka masih ada. Jangan pula adik menyesal di kemudian hari. Sesal kemudian tidak berguna lagi dik...Jadi, gunalah peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk adik berbakti kepada mereka. Sentiasalah doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

Bersambung.....

Monday, July 25, 2005

WARKAH BUAT ADIK...

Mata penanya mula melakarkan suara hati...buat adik...

" Adik...
Adik apa khabar sekarang, harap-harap adik sihat bersama keluarga kita di sana..Along di sini alhamdulillah sihat.Mak, ayah dan ucu macamane, semua sihat? Along doakan agar semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmatNya.

Adik...
Along hanya nak berpesan, nak mengingatkan adik agar adik sentiasa rajin belajar. Belajarlah bersungguh-sungguh ya. Jangan lupa, perkara yang paling penting yang mesti adik ingat ialah kewajipan seorang muslim, jangan sekali-kali tinggal solat lima waktu yang diperintah Allah. Semoga hidup kita sekeluarga dalam lembayung rahmatNya.

Adik...
Adik kena ingat, adik sekarang sudah berada di tingkatan 5. Tahun ini adik akan menghadapi peperiksaan SPM. Adik kena mula belajar dari awal lagi, ulangkaji semua bab yang adik belajar di sekolah. Masa belajar di dalam kelas, tumpu sepenuh perhatian, jangan fikir benda-benda lain.

Adik...
Adik mesti ingat satu perkara, jangan sekali-kali adik lupa. Adik kena ingat, kita orang susah. Along nak ingatkan adik, jangan sekali-kali jadikan kemiskinan kita sebagai penghalang untuk adik terus belajar. Kuatkan semangat adik, sentiasa mohon doa dan minta pertolongan dariNya.
Adik tak kesiankan ayah kita ke? Kesian ayah, setiap hari berjemur di tengah panas, membanting tulang empat keratnya untuk menyara hidup kita sekeluarga. Along sendiri pun, tak sanggup lagi tengok keadaan ayah kita macam tu. Dulu, seingat along, bila ayah balik saja dari kerja, ayah selalu termenung di tepi tangga rumah kita. Along tak tahu apa yang ayah sedang fikirkan. Waktu along masih kecil dahulu, along tak mengerti apa-apa...Along mesti merajuk dan menangis kalau ayah tak belikan apa yang along minta. Along hanya tahu marah ayah je, along tak kira, yang penting along nak juga apa yang along mahukan. Bila mak pujuk pun, along masih degil. Kesian mak dan ayah..
Bila along dah besar, baru along tahu kenapa ayah tak bagi barang yang along minta. Sebenarnya adik, ayah bukan tak bagi, tapi ayah tak mampu nak bagi, ayah tak mampu nak beli. Baru along tahu, sebenarnya ayah sayangkan pada kita semua,kalau boleh ayah nak penuhi segala permintaan mak dan anak-anaknya..Tapi, ayah tak terdaya. Cukuplah kita sekeluarga dapat makan, minum dan berteduh di rumah usang kita..Itu pun sudah begitu mewah buat kita sekeluarga..Syukur padaNya, kita masih mampu untuk makan dan minum serta masih ada tempat tinggal walaupun tak seberapa selesa bagi mereka yang memandang kemewahan. Tapi itu semua sudah cukup untuk kita adik...

************************************************************************************

Dia terhenti menulis. Pena rebah. Dia menitiskan airmata. Dikesatnya titisan jernih yang menuruni pipi lembutnya itu.."Ah..Kisah silam...aku mesti kuatkan semangat..akan aku jadikan pendorong untuk aku berjaya dalam kehidupan..Kehidupan mesti diteruskan! Adik.."Kemudian, dia menyambung kembali tarian pena......

Bersambung.....

Thursday, July 21, 2005

MY LIFE

And...LIFE GOES ON......

Sunday, July 17, 2005

KONGSI TAZKIRAH

Alhamdulillah...sungguh ceria di pagi yang hening ini..menikmati udara segar kurniaan Ilahi..Alhamdulillah, negaraku kini berada dalam keadaan agak selesa, lantas ku kecapi nikmat itu sehingga ke saat ini. Sungguh tidak ternilai anugerahNya. Sebagai hamba, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran dan puji padaNya.

Aku seperti biasa. Seperti insan-insan lain yang masih diberi peluang meneruskan langkah selagi jantung masih berdegup menandakan nafas masih disedut dan dihembus. Sementara menanti washing machine sedang meneruskan rutinnya, aku bergerak ke meja tulisku. Aku menatap kembali isi kandungan sebuah buku yang menarik minatku, bertajuk ISLAM PILIHANKU. Buku ini mengisahkan pengucapan syahadah oleh 39 insan di Malaysia. Baru semalam aku membeli dan mula menghayati isi-isi yang terkandung di dalamnya. Pelbagai kisah menarik yang diceritakan oleh saudara-saudara baru kita, mengenai pengalaman masing-masing dalam pencarian sebuah sinar bahagia dalam hidup mereka. Sampai ke kisah yang ke-7, aku berhenti seketika. Berehat..Sambil-sambil tu, aku menghayati pula tazkirah pagi yang sedang rancak ke udara di sebuah stesen radio kegemaran aku, IKIM. Tak pasti pula aku siapa yang menyampaikan tazkirah pagi ini. Ok,tak kisahlah. Yang penting, aku nak kongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat, tentang apa yang aku dapat daripada tazkirah tu. Kalau yang dah dengar tu, bertambah fahamlah harapnya...

Ok, mari kita berkongsi...Ustaz menceritakan tentang musibah yang berlaku dalam hidup setiap manusia..antara point yang aku dapat catch up ialah musibah terbahagi kepada tiga,
iaitu :

  • Musibah Tarbiyah - musibah ini ditimpakan kepada mereka yang terlalai daripada melakukan ibadat kepadaNya. Sebenarnya mereka-mereka yang lalai ini bukannya mereka yang ingkar, tetapi mereka yang memang patuh kepada ajaran agama, tetapi mereka terlalai seketika. Contohnya mereka terlupa atau tertinggal solat. Jadi musibah yang Allah bagi kat sini ialah Dia melalaikan hamba tadi. Jadi dengan musibah itu, si hamba tadi akan terus ingat kepada Allah apabila dia tersedar dari kelalaian tadi. Kadang-kadang dengan musibah ini, Allah mendidik hambaNya dengan kesusahan dan kesakitan.
  • Musibah Azab - musibah ini ditimpakan kepada mereka yang tidak beriman. Mereka diberi ujian dan musibah di atas kekufuran dan keingkaran mereka.
  • Musibah Bala' - musibah ini merupakan bencana ujian yang Allah timpakan kepada orang yang beriman kepadaNya. Contohnya kematian, kerugian, kecurian, kemalangan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menghapus dosa-dosa mereka dan meningkatkan martabat orang yang beriman.
Last sekali ustaz berpesan, jadilah seorang muslim yang sejati, sepertimana lebah, yang mana si lebah memakan makanan yang baik dan menghasilkan benda yang baik,iaitu madu...Janganlah jadi seperti ulat, yang mana si ulat hanya memakan dan merosakkan daun dan akhirnya menyebabkan dirinya sendiri terkorban ( tak pasti sebab apa terkorban,tak jelas, mungkin sebab daun tu nanti dah habis dimakannya, kemudian di dah tak ada makanan lagi! :-) )

Okey, itu sahaja perkongsian yang dapat kita share sama-sama. Harapnya dapat diambil sedikit iktibar daripada point-point yang sempat aku dengar tadi. Jumpa lagi.

Friday, July 15, 2005

KATA HATI

"Hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Apa yang kita ada pada hari ini belum tentu akan kekal sampai esok, lusa atau selamanya..betul tak sahabat-sahabat? Apa sahaja ujian yang menimpa diri kita, sama ada kecil atau besar, itu semua adalah dugaan. Allah sedang menilai hamba-hambaNya ini dengan ujian-ujian hidup. Usahlah kita mengeluh, meratap, menangisi apa jua ujian yang tidak mampu kita hadapi..'Tak mampu kita hadapi?Adakah itu benar? 'Sebenarnya apa jua ujian yang melanda diri seseorang, sebenarnya Dia tahu, kita mampu menghadapiNya. Phrase tu hanya wujud dengan ciptaan kita sendiri sebab kita yang menghalang diri kita untuk menghadapinya. Sebab itulah masalah dan ujian yang dihadapi oleh setiap kita berbeza. Itu semua akan memberi pengalaman hidup dan sumber kekuatan kepada kita untuk kita terus survive di muka bumi Tuhan ini sehingga ke nafas terakhir...Bangun, bangunlah...sedarlah bahawa kita masih punya banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Kadang-kadang, kita menjadi musuh kepada diri sendiri, kita menganiaya diri sendiri sedangkan pada hakikatnya kita sendiri yang akan merasai akibatnya. Cukuplah kita bersandiwara dengan drama-drama rekaan nafsu, ayuhlah kita tebas segala semak duniawi dari minda, bebaskan kotak fikiran kita daripada sampah-sarap lagha, hapuskan segala sarang mazmumah di segenap sudut hati...Agar terbentuk satu arca diri yang berkilauan, menyinar segala harapan dalam penantian. Penantian yang pasti tiba..Tiba untuk memisahkan diri kita dari tembok dunia, kembara ke alam abadi..."

....Kata hati yang bersuara di ruang maya...

Wednesday, July 13, 2005

Just For Fun!

Why when traffic is at its slowest do we call RUSH HOUR?

Why is "abbreviated" such a long word?

Source : THE STAR, 13th July 2005


Monday, July 11, 2005

RESIGN...GOOD BYE..

Alhamdulillah...
Bersua kembali...

Pagi tadi aku siapkan Resignation Letter..I gave one month notice..at least sempatla company nak cari pengganti aku dalam masa sebulan nie. Lebih kurang sebulan je lagi aku akan habiskan masa di pusat tusyen ni. Masuk bulan Ogos ni, genaplah empat bulan aku berkhidmat di sini, dan sudah tiba masanya untuk aku berundur..11 Ogos 2005, tarikh aku resign..Hmm..sedih la plak nak tinggalkan student-student aku yang dah hampir tiga bulan lebih aku bersama-sama mereka..Tak tahulah apa reaksi mereka nanti bila dapat tahu cikgu diaorang ni nak berhenti...harap-harap mereka boleh terima..dan semoga mereka dapat pengganti yang lebih baik daripada aku...InsyaAllah...

Apa-apa pun, aku memang takkan lupakan segala kenangan aku bersama-sama mereka..so sweet...semoga apa yang aku telah berikan dan curahkan kepada mereka, dapat mereka jadikan sebahagian daripada bekalan mereka sebelum menghadapi peperiksaan masing-masing..dan yang paling penting, harap-harap apa yang mereka pelajari dan apa yang aku telah berikan mendapat berkat-Nya.

Buat student-studentku, Fazlin, Nithiya,Mohan (F 3), Thivya,Vignes, Adam, Atikah, Afham (Darjah 5), Farhan Hilmy, Isma Haziq, Azfar, Sharifa, Zulaikha (Darjah 6), Puteri, Hanissa, Izzuan, Shahirah, Guna (F 5), Nishant(F 4), Aliff Akmal (F 2), Reuben Dass, Abdullah, Amira (Darjah 4) dan yang paling cute, Nurul Izza (Darjah 1)....Cikgu doakan semoga kalian semua berjaya...InsyaAllah. Good luck for your future undertaking! Keep in touch...

Friday, July 08, 2005

NIKMAT...

Sehari dua ni aku tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Tidak tahu apakah puncanya.
Sakit..demam..tak boleh tidur. Saat itu barulah terasa akan nikmatnya bila badan sihat..
Ini semua adalah kaffarah di atas segala dosa-dosaku.
Aku cuma mengharapkan agar ujian kecil ini dapat menghapuskan dosa-dosaku, menyucikan diri daripada dosa yang telah lepas dan agar dijauhkan diri daripada melakukan dosa akan datang. Sesungguhnya aku manusia lemah..tidak lepas daripada melakukan dosa dan kesilapan.

* Hargailah segala nikmat yang telah dikurniakan kepada anda, sedarlah bahawa ada orang yang tidak dapat mengecapi nikmat sepertimana yang anda perolehi.
* Jika kita hidup dalam kesusahan, ada lagi orang yang hidupnya lebih susah daripada kita.
* Jika kita dalam kesenangan dan ketenangan, bersyukurlah padaNya...Kita sangat bertuah kerana masih diberi peluang dan tidak disempitkan kemudahan untuk kita menghampiriNya. Fikir-fikirkanlah.

MALAM

MALAM - HIJJAZ

Heningnya suasana maya
Ketenangan malam mendamaikan jiwa
Bukti kebesarannya Yang Esa
Yang Maha Kuasa

Malam yang menggantikan siang
Menepati waktunya
Malam membawa kegelapan
Selimuti alam semesta

Bersyukur atas rahmatNya
Pencipta segala, Ya Allah
Penentu segala

Malam bagaikan ada tersimpan
Sejuta rahsia
Malam dihiasi bintang-bintang
Keindahan tiada taranya

Dia satu-satunya
Penggerak segala
Pentadbir alam semesta
Segala yang ada adalah miliknya
Tuhan Yang Maha Esa

Di malam yang sepi
Yang menyentuh hati
Ku rasa terharu menginsafi diri

Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Ku panjatkan doa pada Ilahi

Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Ku lafazkan syukur pada Ilahi

Di malam yang sepi
Ku pasrah pada Ilahi

* Terharu aku menghayati lagu nie..teringat pula kenangan semasa di MRSM KUANTAN dulu..aku pun masuk pertandingan nasyid waktu tu..nyanyi lagu ni la..tak sangka menang. Alhamdulillah...Tapi, bila fikir balik...macam tak patut aku sertai nasyid tu..suara aku.. :( ..takpelah..yang dah lepas jadikan pengajaran..jangan buat lagi..
Sekarang dah insaf, tak bernasyid dah...tapi suka dengar nasyid...:) .. Alhamdulillah.

*Yang penting kat sini,aku nak ingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca blog ni, agar kita sama-sama dapat mengambil isi tersirat di sebalik lirik yang aku paparkan di atas..semoga berjaya dunia dan akhirat...InsyaAllah...Amin.

SIGNS OF THE LAST DAY...

The day of Reciprocation
Will appear..
Day by day..
So many crimes
So many wars!

The world crying..
"Stop..stop..
Stop making jokes!"

Tears dropped
"I feel so great pain..
I'll die.."

No one hear
No one believe
But the Day will come

Nearer...
And nearer...

-Azzahra Safiah-

Friday, July 01, 2005

RINDU...

Aku sebenarnya rindu....rindu..rindu pada siapa? Aku rindu padaNya...Aku rindukan Dia...Mengapa aku rindu? Aku tak tau..itu bisikan hati aku...Hatiku bersuara..."Bila aku akan bertemu denganNya?" Mendengar persoalan itu..aku takut untuk berkata-kata...Aku takut...Bagaimana akan ku hadapkan wajahku nanti kepadaNya? Sesungguhnya aku sangat terasa bahawa aku adalah insan yang begitu jauh dariNya.. Mengapa? Aku perlu mencari jawapannya sendiri kerana hanya aku yang mencipta segala halangan untuk aku terus mendekatiNya.

Bersama-samalah kita bermuhasabah...agar jalan hidup kita ini tidak lari dari pandangan kasihNya...Moga-moga Dia sentiasa memayungi diri kita dengan teduhan Hidayah & dijauhkan kita daripada bahang neraka dunia dan akhirat....InsyaAllah.

Pop up my Cbox