Friday, September 16, 2005

ANUGERAH ALAM CIPTAAN ILAHI














Allah Maha Kuasa
Dia menggerak cakerawala
Dia yang menjadikan siang
Dia jua menjadikan malam
Langitmu luas tanpa tiang

Laut terbentang membatasi daratan
Gunung nan kukuh memaut bumi
Awan putih bernaung di puncak
Hijau dedaunan menyejuk mata
Memancar mentari menyinar bumi

Tenggelam suria mengintailah bulan
Menyinari kegelapan di malam dingin
Alangkah indahnya ciptaanMu Tuhan
Memutik kagum di hatiku ini
Mendidik jiwa menghayati alam
Membajai kasihku padaMu Ilahi

Ku tadahkan tangan memanjatkan syukur
Tiada ternilai anugerah ini
Meminjamkan detik untuk ku bernafas
Menikmati ciptaan agungMu Tuhan...

AZZAHRA SAFIAH ; 01.19 AM, 15 SEPTEMBER 2005

Friday, September 09, 2005

Weekend, Best Friend...

Setiap kali hari tiba Jumaat kat ofis aku, mesti member-member tanya, "hujung minggu ni pergi mana?" atau "buat apa hujung minggu ni?" Yelah..dah lima hari terkurung jer kat ofis, pada mereka waktu hujung minggu nilah waktunya nak mereleasekan tension... Hmm..kalau bukan hari Jumaat pun, hari Isnin mereka akan bertanya..soalannya berbunyi.."last weekend buat apa?" lebih kurang macam tula bunyinya..Lepas tu..mulalah bercerita dengan topik-topik hangat sepanjang weekend...aku bukan tak nak bercerita..hmm..biarlah mereka gembira dan bahagia dengan apa yang mereka buat..aku tumpang mendengar jela sambil2 tangan aku sibuk menekan keyboard dan mengadap komputer yang setia melihat wajah aku 5 hari seminggu..:)..Kalau mereka bertanya, aku jawab jela..aku takdela kecoh sangat kat pejabat..aku lebih banyak mendengar daripada bercakap..karang, kalau aku layan je 'mood bercakap', alamak tak siaplah keje aku..panjang karang nanti jelingan bos aku! (Bos - Chinese Woman).

****************************************************************************************************************

Weekend ni aku buat apa? Hmm..aku ke rumah kawan kat Cheras. Best friend since form 4 & 5. Waktu kat MRSM dulu, kalau tak silap aku, 2 kali aku pernah ke rumahnya..Lepas je SPM memang tak pernah jumpa langsung..Dia pergi UM, aku pulak ke UTM Skudai. Lebih kurang lima tahun tak jumpa..Alhamdulillah sekarang Dia pertemukan balik aku dengan dia..Sekarang, bila jumpa balik..masing-masing dengan kerjaya dan hidup sendiri. Tak sangka la pula aku..Best friend aku ni dah jadi lecturer..Alhamdulillah..semua tu rezeki dariNya..Itulah kata-kata dia bila melihat reaksi aku yang agak terkejut dengan penjelasan dia..Orangnya lemah lembut saja..Sopan santun..Hmm..begitulah dia..still macam dulu, tak berubah pun..Alhamdulillah..(Dalam hati aku berdoa.."Ya Allah, semoga Engkau berkati persahabatan kami ini.."Harap-harap persahabatan aku dan dia berkekalan selamanya..InsyaAllah..). Sekejap saja aku berada di rumah dia, pergi petang Jumaat (balik dari keje), pastu pagi Sabtu dia hantar aku balik. Petang Sabtu dan Ahad aku ada keje lain nak kena buat..adala..kalau tak busy pun, memang kena busykan diri jugak..biasalah tu.. Nak rilek... kejap-kejap je, bolehla..

Okeylah..aku ada keje..InsyaAllah bersua lagi. Semoga setiap saat dan detik yang kita lalui bernilai di dunia akhirat dan masa yang berlalu bukan sia-sia...Yang paling penting, apa jua yang kita lakukan, berusahalah menggapai redha dan berkat Illahi..InsyaAllah setiap pekerjaan yang dilakukan akan dipermudahkanNya..

Wednesday, September 07, 2005

The Hottest, Coldest, Highest, Richest..The Most Beautiful...

The Hottest Place in the world : Dallol Ethiopia - located south of the Red Sea
average annual temperature between 1960-1996 was 94°F !!

The Highest Mountain in the world : Everest Mountain

Coldest Temperature ever recorded anywhere in the world:
-129°F at Vostok, Antarctica

Negara Mini Terkaya di dunia : Brunei

Sukan Paling Berprestij dan Mahal di dunia : Formula 1

Ratu Tercantik di dunia : Aishwarya Rai..Betul ke? Ntah!

Artis paling popular di Malaysia?---> Mawi? Siti Nurhaliza?

Sape-sape ntah : "Lagi...mana lagi...kan banyak lagi 'the amazing things in the world', 'the best place in the world'..'the most popular artist in the world'..and others...senaraikan, jangan tak senaraikan!"
Aku : Hmm..tak larat la aku nak type semua tu...ini pun dah kira cukuplah! Bertambah juga sikit pengetahuan am aku dan kawan-kawan aku...tak gitu? Kalau ada yang salah, tolonglah betulkan..:)

************************************************************************************************
Aku sebenarnya bukan tak nak senaraikan semua tu..cuma aku terfikir...Dan juga tak ada masa sebenarnya...Apa yang aku fikir?---> Kita? Negara kita? Tempat kita? Orang kita? Kawan-kawan kita? Pemimpin kita? Rakyat kita?
----> Apa taraf mereka di mata dunia? Tak glamer la macam nih...Tak gitu ke?Hmmm...

Kesimpulan : Cuba fikir dalam-dalam...apa yang ada pada dunia ni? (Bukan Ada Apa Dengan Cinta!)...Apa yang kecoh sangat kat dunia ni? Apa yang nak dikejar sangat? Apa yang glamernya tu? Apa yang nak dibangga sangat tu? Nak menjulang nama? Hmm..tak kisahla..Ape-ape ajelah!

Yang penting, aku cuma nak ingatkan sahabat-sahabat dan diri aku sendiri....Yang dunia ini hanya sementara sahaja..Apa-apa taraf pun yang diberi oleh dunia kepada kita, usahlah kita terus leka, berbangga! (Contohnya Pelajar Cemerlang, Pekerja Contoh, Tokoh Usahawan dan sebagainya...). "Kenapa tak boleh pula? Kan bagus tu, boleh jadi contoh kepada semua orang.."...Aku jawab..Memang bagus,boleh jadi contoh..teruskan niat yang baik itu, tak salah..cuma jangan sekali-kali lupa dengan nikmatNya..segala-galanya adalah dariNya jua..Elakkan hatimu daripada walau secebis riak..kerana ia mengundang padah pada dirimu kelak! ---> Tahniah jua kepada para pemenang anugerah!

Lagi sekali aku nak bertanya..apa yang ada pada dunia? Lihatlah ke dalam hatimu, di mana letaknya nilaian Allah..Carilah redhaNya, carilah anugerah dariNya, usah mengejar anugerah dunia..walhal anugerah dunia itu adalah dariNya jua..Jangan sekali-kali engkau abaikan nilaianNya..kerana nilaianNya letaknya di hati...sedarilah..bahawa nilaianNya bermula semenjak engkau bergelar khalifah di muka bumi ini..Nilaian itu tidak pernah berhenti walau sejenak...
Fikir-fikirkanlah...



OFIS..

WAKTU MASUK : 8.30 pagi,sometimes pukul 9.00..But, officially pukul 9.00 pagi.
WAKTU KELUAR : 6.00 petang, sometimes sampai pukul 8.30 malam..But, officially pukul 6.00 petang.
BUAT APE? Hmm..Key in accounts data, filing,checking accounts data etc...mostly buat kerja mengadap komputer..penat mataku..(silap-silap aku kena pakai cermin mata pasni..)
BILA KELUAR OFIS? Bila sampai waktu tengahari, pergi lunch (kecuali bila aku puasa), then keluar solat kat surau & toilet..:)..yang pasti, waktu balik,mesti keluarnye..yang ni memang tak sabar-sabar..:)--->bukan apa, nak balik awal sebabnya banyak lagi kewajipan yang perlu aku laksanakan sebagai insan muslim, sebagai seorang anak, sebagai seorang kakak, dan sebagainya. Masih banyak tanggungjawab yang mesti dilaksanakan...Tanggungjawab yang harus dipikul lebih banyak daripada masa yang ada...Jadi, hargailah masa yang ada!

*****************************************************************************
Bila keluar ofis, terserempak dengan orang. Jarang tengok orang Melayu. Mostly Indians, Chinese...Jumpa Malays pun bila gi surau je (mestila kat surau,sebab nak solat)..Harap-harap aku akan jumpa lebih ramai Malays lepas nih...Dalam ofis aku pun ada 2 orang saja Malays termasuk aku..ok, never mind..it's okey.

Apa yang okey nya tu? Okeyla, aku balik dulu...nearly six o'clock already! This short article just some voice from my heart, to release my mind, after aku bereskan keje ofis hari ni..alhamdulillah...Today balik dari ofis ikut official time! Bye!

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini...InsyaAllah..
-End-

Monday, September 05, 2005

RENUNGAN SEJENAK

Renungilah...

"Perhatikanlah kejujuran,dan apabila kamu memandang bahawa kebinasaan berada di dalam kejujuran, maka sebenarnya di dalamnyalah keselamatan.."

"Jgn melihat apa yg telah kamu usahakan, sebaliknya lihatlah apa yg belum kamu selesaikan.."

"Kekadang, Dia memberi sebelum kita sempat menadah tangan untuk meminta, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya"

"Kekadang..Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia,kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepadaNya; Pabila permintaan hamba tidak diperkenankanNya,bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya; Ada hamba yg dikasihi dibiar terlantar kesakitan...dibiar susah dan miskin, kerana cara itulah Dia mentarbiah hambaNya; Diberikan ujian utk mendekatkan si hamba kepadaNya, dan melebarkan jalan buat si hamba dalam kembara menuju Syurga nan Abadi..."

Pop up my Cbox