Thursday, June 16, 2005

RAGAM STUDENT

Inilah antara ragam student-studentku..

Ni group darjah 6, belajar Sains, 3 orang sahaja...Tapi sorang tak datang..I'm coaching them, not teaching...so..not just giving everything, but also asking them question..till they find themselves what is the root reason of anything that make problems to them to understand. And then they will sharing everything they've learned..- the teaching process that is need to practice by teachers at this tuition centre. My students, sometimes, they are very naughty, sometimes very funny!

During tuition session...

Seperti biasa,sebelum mulakan kelas, aku pesan pada mereka, jangan lupa baca doa...supaya berkat apa yang dipelajari dan senang nak belajar...

Sedang belajar bab planet..

Farhan : Cikgu, kena lukis ke semua planet-planet kat white board ni?
Cikgu : Ya..lukis..kan senang je..kenapa?
Farhan : Ala cikgu...susahla..Ops! (Menutup mulutnya dengan kedua belah tangan sambil memandang ke arah cikgu)..Bukan,bukan susah cikgu..Saya sebut nama Susan tadi..hehe...

Aku hanya tersenyum. Aku dengar apa yang dia sebut tadi..Spontan dia tarik balik kata yang meluncur dari mulutnya tadi..tau kenapa? Sebabnya..aku larang dan tak benarkan dia sebut perkataan "susah" pun bila belajar...atau pun "tak boleh buat la cikgu.."...itu pun aku tak bagi mereka sebut... Bila dia sebut perkataan-perkataan tu dengan jelas & aku boleh dengar..siap! Pernah aku beri amaran.."kalau awak sebut, saya letak satu titik hitam kat buku awak ni..marker pen saya ni banyak lagi inknya..nak? Jadi, tiap kali awak belajar dengan saya, jika banyak tanda hitam kat buku awak, banyak tu lah yang awak sebut perkataan negatif tu. Dan saya akan bagitau kat parents awak, tiap kali balik tusyen, checklah buku anak-anak, tengok berapa banyak titik hitam pada buku mereka..itulah tandanya kenakalan dan apa yang mereka buat semasa tusyen..." masing-masing tekun mendengar..Farhan mula memeluk buku tulisnya..Tau takut... :)

Saja je aku bagi amaran macam tu..budak-budak ni tak boleh bagi muka sangat, mereka buat nakal nanti..penat aku nak control...

Ok, sambung cerita..

Cikgu : Erm..Sape boleh bagitau cikgu, macamane kamu hafal nama-nama planet ni? Planet jumlahnya 9. Mesti ada formula nak ingat,kan?

Farhan : Saya cikgu!

Cikgu : Ok..macamane awak ingat? Mula dari awal sampai akhir..ok..

Farhan : Ultraman(Utarid) Ziarah(Zuhrah) Bumi(Bumi) Menentang(Marikh) Musuh(Musytari) Zalim(Zuhal) Untuk(Uranus) Naik(Neptun) Peringkat(Pluto)...

Isma : Wah..hebatnya...

Farhan : Eh, mestila..Hehehe...(tersenyum bangga)

Cikgu : Bagus Farhan..senangla nak ingat macam tu..menarik.. Isma..awak punya plak,macamane..

Isma : Saya punya tak best cikgu..erm..taknakla...tak best..

Cikgu : La, takpela..saya nak dengar je..nanti kita boleh kongsi.

Isma : Erm..Ustaz(Utarid) Ziarah Bapa Maryam...Tak ingatla cikgu..

Cikgu : Erm..xingat? ok,lainkali kena ingat..takpun kalau awak suka, hafallah macam Farhan tadi...ok.

Isma : Ok cikgu! Cikgu, ari ni tak buat kuiz?

Cikgu : Kuiz? ok, siapkan yang ini dulu ya..nanti, kalau sempat kita buat kuiz...ok.

Isma : Ok..Farhan, cepatlah buat..japlagi kita main jawab kuiz plak...

Farhan : Yelah..tengah buatla nie..

And..class was running...till the end...Full stop.

* Budak-budak sebenarnya perlu banyak bimbingan orang sekeliling. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi mereka.
* Banyak cara yang boleh digunakan untuk mengingati formula..Kreatif cara mereka mengingat nama-nama planet tadi..menarik..
* Sedihla plak..teringat kat adik-adik nun jauh di kampung... :(

Ok..saja ambil sedikit 'sedutan kisah' di pusat tusyen tempat aku mengajar sekarang..Seronok juga jadi cikgu ni..Yang penting, apa yang kita lakukan, selari dan seiring dengan keikhlasan hati..dan diiringi redhaNya. Moga hidup kita sentiasa dipayungi rahmat dan dinaungi kasih Ilahi...InsyaAllah.

************************************************************************************


Pop up my Cbox