Sunday, August 07, 2005

APA AKU BOLEH BUAT?

Sedar tak sedar, dah lebih kurang 22 tahun 4 bulan 14 hari aku bernafas tanpa henti, bermula dari saat aku dilahirkan, sehingga ke saat ini...sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada aku. Begitu juga nikmat Iman dan Islam yang masih kukuh terpahat ukirannya di hati aku...Moga-moga ianya terpahat kukuh di situ selama-lamanya sehingga ke akhir hayatku...InsyaAllah...

Kalau direnungkan, dunia ni dah makin dekat dan hampir sangat dengan Hari Kiamat. Umur dunia sudah begitu singkat. Dunia sudah lama menjerit, mengeluh dan menangis dengan pelbagai ragam manusia yang hidup di atasnya. Aku pun turut sama menjerit (dalam hati) dan menangis, tak tahan dengan pelbagai ragam dan maksiat di sekeliling. Apa aku boleh buat? Aku hanya mampu berkata-kata, memberi peringatan, aku cuma mampu membenci dalam hati.. Aku sedih sebab aku tak mampu mengubah apa-apa. Aku takut, banyak persoalan yang mungkin tak terjawab oleh aku di hadapan Allah kelak...

Pop up my Cbox