Wednesday, August 31, 2005

KONVOKESYEN UTM

Hmm..sudah lama benar aku tidak bercerita dan menulis, menukilkan kata di sini..Rindu berkarya, tapi tiada ruang...Alhamdulillah, mungkin kali ini aku diberi sedikit masa...28 haribulan Ogos lepas,aku telah menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, UTM Skudai, Johor. Tahniah kepada sahabat-sahabatku yang sama-sama berjuang...Syabas! Alhamdulillah, syukur padaNya.

Abah aku seorang saja yang datang masa aku konvo, mak tak dapat datang atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Lagi pun, mak aku tak berapa sihat. Kasihan mak...:(..Tak apalah, aku kirimkan kegembiraan ini melalui khabar berita dari jauh sahaja...Terima kasih mak..mak dah siapkan baju kurung konvo yang cantik untuk anak mak..:)

Aku minta cuti untuk ke majlis konvo, alhamdulillah, dapatlah cuti 3 hari. Bertolak ke Johor 25hb, dan lepas sahaja majlis konvo aku terus balik semula ke KL. Sedihnya, sekejap sahaja aku dapat jumpa abah. Abah datang sorang naik bas. Sebelum aku balik KL, aku dah belikan tiket untuk abah balik ke Kelantan malam tu. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkanNya, juga dengan bantuan beberapa orang sahabat di UTM. Terima kasih semua, atas bantuan...Semoga jasa kalian dibalas olehNya. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih.

Alhamdulillah...

Sekian, wassalam. Salam Perjuangan.

Pop up my Cbox